IDAMAN BAKERY - D'HAJA

Syarikat Idaman Bakery telah mula beroperasi sebgai pemborong roti dan kek pada sekitar 1996. Pada masa yang sama pemilik syarikat juga masih mencari pengalaman dan mendalami pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

Pada sekitar tahun 2007, syarikat idaman bakery telah mengeluarkan produk roti sendiri. Pemilik syarikat telah Berjaya membuka sebuah bengkel kecil untuk proses pembuatan roti dan kek. Bengkel tersebut telah ditubuhkan tanpa sebarang pinjaman dan hanya menggunakan simpanan sendiri sepenuhnya.

Pada musim perayaan seperti hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha, syarikat kami juga ada menerima pelbagai jenis tempahan kuih moden dan kek. Produk syarikat kami telah berkembang dengan jayanya.

Syarikat idaman juga telah memiliki beberapa jenis mesin teknologi untuk proses membuat roti dan kek. Contohnya oven, bun divider, alat pembancuh roti dan sebagainya. Peralatan ini diperolehi hanya dengan modal pemilik sahaja tanpa sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak.

Selaras dengan pergerakan edaran semasa, perancangan syarikat Idaman bakery adalah ingin menjadi sebuah syarikat pengeluar produk roti, kek dan biskut yang terkemuka serta halal dan selamat dan juga berdaya saing setanding dengan syarikat luar.

Alamat : Lot 8, Jalan Saga 1/10, Kompleks Premis Usahawan SME Bank,
Kawasan Perusahaan Saga, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Alamat:
Lot 8, Jalan Saga 1/10,
Kompleks Premis Usahawan SME Bank,
Kawasan Perusahaan Saga,
08000, Sungai Petani, Kedah.

Waktu Operasi:

8 pagi – 6 petang
Cuti – Jumaat

Email: idamanbakery@gmail.com

Hubungi :

019 548 2126
010 568 9537

IDAMAN BAKERY
(PG0191740-K)

Usahawan Bimbingan

Copyright of Idaman Bakery © 2021 | Website Designed by SS Design Team